SERUNDING

Serunding merupakan makanan yang sangat terkenal di kalangan masyarakat Melayu. Antara serunding yang biasa didapati adalah serunding ayam, serunding daging dan serunding ikan. Serunding ini boleh dimakan pada bila-bila masa termasuk pada musim perayaan. 


Pada masa dahulu serunding ini merupakan bekalan untuk perjalanan yang jauh, memandangkan ianya tidak mudah rosak dalam masa yang panjang. Penyediaan serunding ini juga memakan masa yang agak lama bagi memastikan ianya betul-betul kering.


Pada musim perayaan serunding ini biasanya dimakan bersama-sama ketupat ataupun lemang. Cara-cara untuk membuat serunding adalah dengan menggunakan daging atau ayam yang telah direbus hingga empuk dan isinya disiat halus. Daging tadi kemudiannya digaulkan bersama kelapa dan bahan giling seperti jintan putih, cili kering, halia, lengkuas, serai, bawang merah dan bawang putih. Kemudian masukkan gula, garam dan air asam jawa. Setelah itu ia dimasak dengan api yang kecil sehingga kering.


Serunding ini juga boleh di makan bersama-sama makanan lain seperti, nasi kapit/himpit, ketupat palas, roti jala, nasi, dan ia juga boleh di makan begitu sahaja....di mana-mana sahaja


Serunding Original Made In Kelantan.....Di jamin bersih dan halal





HARGA SERUNDING
serunding daging tempatan - 
1kg - 10kg RM65.00 per kg
11 kg - 20 kg RM60.00 per kg
21 kg - 30kg RM55.00 per kg
30 kg keatas RM50.00 per kg 

serunding ayam - 
1kg - 10kg RM57.00 per kg
11 kg - 20 kg RM54.00 per kg
21 kg - 30kg RM52.00 per kg
30 kg keatas RM50.00 per kg